HEALS 10/11

FROM THE DESK OF MR.P

MENANG TANPA BERTANDING ATAU ‘TAK PEDULISM’
 
        Saban tahun, pilihanraya kampus (PRK) pasti mewarnai suasana di institusi pengajian tinggi. Suasana ini semakin memuncak apabila selesai sesi penamaan calon (NOMINATION DAY). Sekali lagi, KAHS buat lima tahun berturut-turut meneruskan tradisi mengundi dalam PRK.

Seimbas lalu..

Sesi 06/07 : Shafiq vs Rafidah vs ..

Sesi 07/08 : Hairena vs Hafizi vs Alif

Sesi 08/09 : Sabrina vs Firdaus vs Hilmi

Sesi 09/10 : Marlina vs Hasanah vs Hakim

Sesi 10/11 : Anis vs Farihah vs Lukman

          Mahasiswa perlu sedar betapa pentingnya PRK demi kelangsungan suara mahasiswa di peringkat kampus dan nasional. Banyak persoalan yang bermain di fikiran dan pada hemat saya, persoalan penting dalam fikiran ramai adalah mengapa perlu mengambil berat tentang pilihanraya? Apakah significant PRK pada mahasiswa?

         Para mahasiswa perlu memahami bahawa anda bukan lagi berada dalam zaman persekolahan yang mana anda hanya perlu mengikut seperti apa yang diarahkan, seolah-olah lembu yang dicucuk hidungnya. Pilihan raya adalah satu medan yang terbaik untuk memilih pemimpin yang diyakini boleh memacu perubahan ke arah tertegaknya hak mahasiswa di universiti secara khususnya dan dalam negara secara amnya.

         Jika pada suatu ketika dahulu, suara mahasiswa merupakan suara rakyat, namun kini, suara mahasiswa disekat. Jika kita berfikir sejenak, sebenarnya universiti kini sama levelnya seperti sekolah tinggi dan ia hanyalah tempat untuk menghasilkan graduan-graduan yang mengimpikan segulung sijil sahaja. Hasilnya, mahasiswa kini terkenal dengan kemunduran dan keruntuhan akhlak, moral dan intelektual berbanding dengan kejayaan membangunkannya. Kita juga harus faham bahawa pembangunan intelektual bukanlah hanya sekadar dinilai pada tingginya pointer, tetapi ia juga mengambil kira setinggi mana pembangunan daya pemikiran yang kritis dan dinamik.

       Selain itu, PRK merupakan satu pendedahan awal kepada mahasiswa dalam memahami proses sebenar pilihan raya di peringkat nasional, yakni pilihan raya umum. Bermula dari pemilihan calon, hari penamaan calon, kempen, pengiraan undi, sehingga kepada pengumuman keputusan pilihan raya, ia seakan-akan simulasi kepada proses pilihan raya yang sebenar. Jadi, seharusnya mahasiswa terlibat dalam PRK secara lansung atau tidak lansung, sebagai langkah awal kepada pendedahan mengenai proses politik (baca: memilih pemimpin) di negara kita kerana anda semua adalah bakal menerajui negara sedikit masa lagi.

        Oleh sebab itu, mahasiswa perlu sedar betapa pentingnya setiap pemilihan yang dibuat. Calon yang diangkat merupakan kayu ukur kepada gaya pemikiran dan kehendak mahasiswa. Aplikasinya sama seperti pilihan raya di peringkat nasional.

         Kesimpulannya, sebagai mahasiswa, adalah menjadi tanggungjawab kepada anda semua untuk menyuburkan kembali budaya mengangkat individu yang terbaik sebagai pemimpin di kalangan anda semua dan pilihanaraya adalah jalannya. Justeru, masih tidak terlambat untuk melakukan transformasi ‘tak pedulism’ kepada ‘pedulism’.

Wallahu a'lam~
__________________________________________________________________

FROM THE DESK OF MR.P
Ada Apa Dengan Organisasi?
Mengurus sebuah organisasi bukannya suatu kerja yang senang. Apatah lagi sebuah organisasi yang mempunyai bilangan manusia yang ramai, berstatus dan mempunyai aset yang besar. Tidak ada skema atau sistem tetap yang sesuai untuk dijadikan panduan dalam pengurusan organisasi kerana sama ada bersistem atau tidak, ia tetap mempunyai kebaikan dan keburukannya.

Kita perlu memahami bahawa sistem itu diadakan bukan untuk mengongkong tetapi sebagai satu jalan untuk mengatur dan dijadikan sebagai panduan kepada kita. Sistem itu juga perlukan pembaikan pada setiap masa selaras dengan idea dan kritikan yang membina. Namun, pembaikan dari segi sistem tidak semestinya perlu, mungkin kita perlu memikirkan pembaikan itu dari capahan yang lebih besar dan dari semua aspek yang ada. Kita perlu memahami bahawa keputusan itu mungkin membuatkan sesetengah pihak tidak berpuas hati. Namun, perlu diingat bahawa kepentingan umum lebih penting dari kepentingan individu. Apatah lagi mengurus manusia yang mempunyai banyak ragam, emosi, intelek dan latar belakang yang berbeza.

Jadi, kecil atau besar sesebuah organisasi bukanlah ukuran mutlak kejayaan sesuatu organisasi. Organisasi kecil akan menjadi semakin kecil, jika sekiranya ahli di dalamnya tidak berani berdaya saing dan menutup pintu kepada idea-idea baru. Namun, organisasi kecil akan dilihat lebih besar, jika sekiranya ikatan antara ahli-ahlinya mantap dan sanggup bekerja berdasarkan ketulusan jiwa. Kecil atau besar organisasi itu tidak penting, tetapi yang lebih penting adalah corak pengurusannya dan yang paling penting adalah bagaimanakah cara pengurusan sumber manusia diuruskan.

Di dalam organisasi, aset terpenting bukannya terletak pada aspek material, wang, infrastrukur, status semata-mata, malah yang perlu dititikberatkan adalah pada ahli-ahlinya. Yang penting, bagaimanakah ahli-ahlinya diikat, dijana, dibangun, dididik seumpama batu-bata yang saling melengkapi untuk membina dinding bangunan atau seumpama sebuah mesin taip yang setiap huruf saling berfungsi dan melengkapi.

Rasulullah Saw bersabda, “Mukmin yang satu terhadap Mukmin yang lain itu bagaikan bangunan yang mengikat antara sebagian dengan sebagian yang lainnya.” (Muttafaqun ‘Alaih)

'Cubit paha kiri, paha kanan terasa sakit'... ‘check and balance’ penting dalam sebuah oraganisasi.

Barangkali model terbaik adalah mewujudkan sistem kekeluargaan mithali, kerana perjuangan memartabatkan keluarga terbaik bukan diasaskan kepada sistem ganjaran, tetapi semangat persaudaraan dan kesukarelaan.

Kesimpulannya, selagi kunci masih belum dipegang, selama itulah organisasi tersebut sukar dibangunkan kerana sistem, perancangan, pembangunan dan penghayatan, lahirnya dari minda manusia.

~Wallahu a’alam~

_______________________________________________________________________
HEALS BEARERS (10/11)


(click on the picture for larger view)

Show your support to your leaders. Together, we push HEALS beyond limitation!