Share Your Story!

This page is basically to encourage all HEALS member to share their personal stories of any kind - funny, adventurous, etc... So, if you are a HEALS member who just cannot resist to share your past silly experience or your hectic daily schedule... just sign in your email and start writing! Send it to heals_edu@hotmail.com including photos, if any. You also can write a story on people you know... just write anything creative, in English of course - take it as an opportunity to improve yours. Wait!!! that's not all. For every creative writing posted, marks will be awarded in your co-curricular activity. So, be sure to put your full name, matrix no. and contact no. before sending the email.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ



Antara Tanggungjawab dan Amanah Mahasiswa

"Tangungjawab yang ada lebih banyak dari masa yang ada" Ungkapan yang diucapkan As-Syahid Imam Hasan Al-Banna di atas jelas menggambarkan begitu beratnya amanah dan tangungjawab yang terpikul dibahu kita dalam konteks mahasiswa. Antara tangunggjawab dan amanah.

Dua konatasi yang tidak jauh perbezaan serta tidak terlihat apakah sebenarnya kontradaksi antara keduanya. Mahasiswa adalah golonganyang paling bernilai kepada negara. Golongan yang begitu penting kepada agama dan masyarakat.
Mahasiswa adalah begitu sinonim dengan pemuda. Pemuda itu gagah tenaganya begitu juga mahasiswa. Pemuda itu intelek pemikiranya, teguh idealismanya begitu juga mahasiswa. Pemuda itu tenaganya begitu juga mahasiswa. Pemuda itu kuat inginnya begitu juga mahasiswa. Pemuda itu jelas matlamatnya begitu juga mahasiswa Jelas disini begitu pentingnya golongan mahasiswa.
"Sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk" Al-Kahfi:13
Impian dan cita-cita akan berjaya dengan wujudnya keyakinan yang kuat, wujudnya keikhlasan, semangat yang sentiasa membara bersamanya serta sedia bekorban dan berusaha untuk merealisasikanya.
As-Syahid Imam Hasan Al-Banna menyatakan terdapat empat asas penting kepda mahasiswa iaitu:
a)      Keimanan
b)      Keikhlasan
c)      Semangat
d)      Usaha
Asas keimanan ialah hati yang bersih, asas keikhlasan ialah jiwa yang suci, asas semangatialah keinginan yang kuat, asas usaha ialah keazaman yang membara. Semua sifat ini ada sifat yang wajib ada kepada mahasiswa. Atas dasar ini dapat dilihat betapa peri pentingnya pemuda sebagai golongang yang tinggi idealisma dan aktivisima berperanan penting dalam perubahan kepada masyarakat khususnya dalam konteks universiti yang tercinta ini.
Kecintaan mahasiswa kepada Ilmu
Antara amanah dan tanggungjawab. Dengan hasrat memajukan agama dan bangsa. Dalam kita melaung-laungkan kemajuan dari sudut fizikal, material dan yang penting yakni akal budi.
Rupanya kita ini jauh benar ketinggalannya. Meskipun pesatnya dibina universiti, kolej universiti dan kolej-kolej. Namun masyarakat mahasiswa adalah gagal membudayakan kecintaan kepada ilmu. Jelas dalam wilayah autoriti kita sejauh mana mahasiswa membudayakan amalan membaca sebagai sahabat akrab.
Seorang sarjana futuris ,Tofler (powershift -1991) telah turut mengakui bahawa penguasaan ilmu dan maklumat adalah satu-satunya senjata dekad ini yang akan mendominasikan pengusaan mana – mana masyarakat tamadun. Keupayaan mengekplositasi dan penguasaan maklumat akan menentukan keunggulan dalam menguasai kuasa politik, ekonomi, kewangan, militari dan segenap bidang dalam kehidupan manusiasejagat ini.
Penguasaan ilmu dan maklumat menjadi lebih penting kepada masyarakat amnya dan mahasiswa khususnya ketika era ini yang dicengkam dengan arus sejagat atau apa yang di sebut globalisasi.
Dalam arus globalisasi ini di mana kapitalisma mencengkam dunia adalah kita melihat bagaimana yang kaya akan mengusai si miskin, bahkan yang lebih kaya akan membaham yang kaya. Yang laju akan meninggalkan yang perlahan. Yang lebih laju akan lantas merempuh apa sahaja yang di hadapan.
Jelas di sini mahasiswa perlu sedar, mahasiswa perlu mempersiapkan diri dengan kantungan ilmu yang penuh di dada. Mahasiswa perlu bangun tidak lagi alpa. Sangat sedih apabila semangat juang makin pudar dalam jiwa mahasiswa. Tidak kedengaran nada-nada pengharapan kepada mahasiswa daripada masyarakat.
Andai dahulunya mahasiswa ini adalah agen perubah masyarakat kini tidak lagi. Masyarakat sangat hampa pada kita. Kedangkalan dan kegagalan kita dalam mengusai ilmu sangat menyedihkan. Universiti sebagai pusat kecermerlangan ilmu tidak lagi dapat dimanafaatkan oleh mahasiswa.




Keutamaan Mahasiswa
Umat diluar sana sedang diserang musuh, umat disana sedang dilanggar musuh. Mengapa kita mahasiswa masih leka dan alpa dengan pesona kelalaian. Akedemi fantasia, Malaysian idol dan beberapa program lain yang sejelek dengannya menjadi kegilaan muda-mudi masa kini.
Terjebak dengan kancah kegilaan ini juga adalah mahasiswa yang kononnya mendabik dada sebagai golongan yang sebenarnya kulit tanpa isi, kulit berisi hampas. Tanpa kita sedar bahawa gejala hendonisme ini adalah bukan menyuburkan kejernihan intelektualisma tetapi terus menyuburkan gejala kebodohan.
Mahukah nilai begini yuang terus dilabelkan pada mahasiswa?. Hanya mahasiswa sendiri yang akan dapat mengubah persepsi yang jelas negatif ini. Ayuh mahasiswa, bangun dan bersemangatlah. Mari kita kembalikan budaya kecintaan kepada ilmu.
Mari kita sepadukan kecintaan total dan keutamaan yang utama kepada penguasaan ilmu. Seiring hasrat membangunkan negara. Dari segi material dan pembangunan insan. Hanya ilmu adalah senjata yang paling ampuh untuk membela agama, bangsa dan negara Malaysia yang tercinta ini. Jangan dibiarkan negara ini dijajah sekali lagi. Atas dasar kedaifan kita dalam penguasaan ilmu.
Keutamaan penguasaan ilmu tidak dapat dinafikan peri pentingnya. Acapakali kita mendengar betapa pentingnya ilmu. Dengan keilmuan kita dapat merubah segala. Sehingganya surah pertama juga adalah bermula dengan "Bacalah".
Angin perubahan
Marilah kita berubah. Kita perlu berubah untuk merubah. Jangan lagi kita memperbiarkan nama-nama kita terus di conteng-conteng, di carik-carik lagi. Di samping perjuang terus di semarakkan.
Keutamaan kecintaan ilmu jangan diletakkan di kesampingan. Dengan pengusaan ilmu, kita akan lebih dinamik, progresif dan proaktif serta responsif dengan keadaan semasa. Jangan ditunggu esok.
Bermulalah hari ini. Umat di luar sana menangis melihat kecurangan kita membelakangkan tanggung jawab kita sebagai mahasiswa dan kealpaan dan kelalaian kita sebagai menjalankan amanah sebagai hamba Tuhan.


____________________________________



Apa Ertinya Saya Sebagai Seorang Pelajar UIAM?


"Saya masuk UIA bukan saya minta pun. UPU yang pilih. Masa sekolah dulu bila kawan2 sibuk nak masuk UIA saya selalu kata pada mereka.....alaaaa, apa barang masuk UIA. Tapi sekarang dah di penghujung ni, saya syukur jadi student UIA."

"Ayah saya dulu polis. Selepas tamat pengajian UIA, dia buat keputusan berhenti jadi polis kerana UIA mengubah pandangan hidupnya. Ayah bertekad supaya semua anaknya masuk sekolah agama kemudian masuk UIA. "

"Saya dulu dari sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Penang. Masuk UIA tanpa ilmu agama yang cukup. Saya minat muzik dan pandai main piano. Bila masuk UIA rasa asing sangat. Entah macam mana masa menyanyi  Ama’ u Husna ramai-ramai dalam Taaruf Week, saya rasa sayu sangat-sangat, ada sesuatu yg cukup menyentuh hati saya..........it was so beautiful"

Di atas adalah sebahagian dari kenyataan2 yang saya dengar dari mulut beberapa orang bekas pelajar UIA yang cemerlang sejak zaman pelajar sehinggalah sekarang dalam dunia karier masing2.

Mereka mewakili kumpulan graduan yang bukan saja  cemerlang dalam akademik tetapi tetap aktif dalam aktiviti daawah dan kemanusiaan. Pelajar2 ini dapat menerapkan misi ummatik dalam diri mereka setelah melalui tarbiyyah uia selama 5 atau 6 tahun di UIA.
Kalau UKM tertubuh selepas desakan anak-anak muda Melayu yang mahu memartabatkan Bahasa Melayu, UIA pula tertubuh selepas desakan anak-anak muda Melayu yang ingin memartabatkan ilmu Islam.

Pada tahun 1971 sekumpulan anak2 muda Melayu mengadakan seminar membicarakan perlunya sebuah universiti Islam di Malaysia. Selepas itu desakan demi desakan dilakukan agar kerajaan menubuhkan universiti tersebut. Kumpulan-kumpulan seperti Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya, Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya dan Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Islam Malaysia adalah kumpulan yang konsisten memperjuangkannya. 

Sejarah ini tidak tertulis dengan sempurna kerana sejarah UIA yang rasmi hanya bermula selepas persidangan Mekah. Alangkah baiknya kalau ia digali semula sementara mereka yang pernah terlibat dalam perjuangan itu masih  hidup. Saya masih terbayang pidato berapi-api di dewan kuliah UKM Lembah Pantai  oleh para  mahasiswa dan saya waktu itu hanyalah seorang pelajar sekolah menengah yang cuba menumpang dengar dan akhirnya ikut terbakar semangat. Semangat itulah yang saya bawa hingga hari ini.

Kesediaan  Dr. Mahathir menerima cadangan penubuhan sebuah universitI Islam dan kemudian membentangkannya di persidangan Mekah adalah kemuncak kepada perjuangan kumpulan anak-anak muda itu. UIA dibuka juga akhirnya pada tahun 1983.Tercatatlah satu sejarah yang amat besar ertinya dalam dunia Islam masa kini.

Maka ramailah mereka yang pernah terlibat memperjuangkan penubuhan UIA  menjadi  tenaga pengajar dan pentadbir di universiti tercinta. Idealisma suci yang mereka terapkan ialah untuk mendidik pelajar2 bagi menghasilkan graduan yang berjiwa Islam pembawa obor kecemerlangan ummah. Para pelajar dididik melalui proses tarbiyyah yang dirangka khas untuk mereka bagi membina peribadi unggul. 

Mereka bukan di menara gading tetapi di menara ilmu. Oleh itu tidak ada masa untuk bermanja dengan dunia.  Kalau pengajian di UIA itu dikatakan susah, memang benar susah dan sangat banyak jam kredit untuk dilalui. Namun tidak ada jalan pintas untuk berjaya.

Mereka milik ummah, kepada ummahlah mereka harus berbakti. Amanah itu besar dan tanggungjawabnya berat, maka mereka perlu  dididik dengan sempurna supaya amanah dapat dipikul dengan sempurna.Satu proses tarbiyyah yang terancang perlu mereka lalui.

Aktiviti Qiyammmulail, Asma ulhusna, Usrah dan Alma'thurat adalah amalan yang diyakini dapat membantu proses tsb. Pelajar dipanggil 'brother/sister', entah siapa yang memulakannya. Ungkapan itu amat unik yang menjadi trademark kepada UIA hingga hari ini. 

Dalam aktiviti pelajar ditanamkan semangat perjuangan. Mereka disedarkan bahawa mereka adalah anak muda yang punya tanggungjawab yang besar membangunkan ummah.

Jadilah semua ini sebagai sebahagian dari budaya UIA yang harmonis. Ungkapan seperti 'we are the agents of change' selalu disebut-sebut.

Semua ini menjadikan mereka memahami erti kenapa mereka menjadi pelajar UIA.

Memerah otak untuk projek daawah mendekati Orang Asli.
Mereka yang tahu apa ertinya menjadi pelajar UIA akan merasa bangga menjadi sebahagian dari  sejarah pembangunan ummah melalui misi universiti ini. Anjakan paradigma berlaku pada pelajar apabila mereka merelakan diri mereka melalui proses 'penyucian minda' yang menjadi budaya UIA. Graduan yang terserlah peribadi 'ke uia annya' biasanya adalah di kalangan mereka yang sedia  melalui tahap penyucian yang unik ini sepanjang berada di UIA. 

Saya sering mengatakan kepada mereka:

Q - qiyammualail sebagai sabun pembersih
A - Asma' Ul Husna sebagai minyak wangi
U - usrah sebagai air cucian
M - Al Maathurat sebagai pakaian indah
"Dimandikan dengan usrah, disabun dengan Qiyamullail, disaluti dengan pakaian AlMaathurat dan dibubuh minyak wangi dengan alunan Asma'Ul Husna, maka terhasillah satu produk yang indah akhlaq dan tajam mindanya. "
Proses itu membantu mereka menerapkan sifat amanah, sidiq, tabligh dan fathonah. Proses QAUM yang amat penting membina bakal pemimpin ummah.

Mereka yang bersungguh-sungguh merelakan dirinya melalui proses itu, InsyaAllah peribadi mereka tidak akan diragui.  Mereka bersih menyebabkan orang suka mengambil mereka bekerja. Mereka wangi menyebabkan orang suka mendekati mereka untuk diletakkan di hadapan sebagai pemimpin dan imam. Mereka indah kerana punya peribadi mulia. Lebih indah lagi apabila mereka membiasakan diri dengan solat 5 waktu di masjid SHAHS yang sengaja dibina di tengah2 supaya mudah didatangi oleh semua warganya.

Hujung minggu mereka dihabiskan dengan aktiviti da'awah dan kerja2 membantu masyarakat yang memerlukan.
Menyumbang bakti untuk masyarakat

Inilah yang sepatutnya dilalui oleh semua pelajar2 UIA. Mereka yang lebih banyak melalui proses2 ini akan terserlah lah aura 'uia' nya menjadi juru bicara ummah dan sebagai ejen perubah masyarakat. Mereka akan berjaya di mana saja mereka berada. Ibarat kata2 Prof. Sidek Baba, "Jika dicampak ke laut, terapung menjadi pulau, tenggalam menjadi mutiara."

Memang ada yang liat untuk melakukannya tetapi walau macam mana liatnya mereka masih mendapat sedikit sebanyak tempias dari budaya ini untuk mencuci peribadi.

Penyerahan skrol dalam majlis konvokesyen adalah simbol penyerahan obor buat bakal pemimpin ummah. Apakah mereka mengerti dengan simbol tersebut?

 Sering dilihat graduan mengambil gambar beramai-ramai sambil membuang skrol ke udara......tercampakkah obor bersama skrol itu dan ia tidak lagi dipegang erat-erat?

Masa berlalu begitu pantas, suasana berubah, tidak semua pelajar mahu melalui proses pentarbiyyahan dan mempraktikkan Q.A.U.M  lagi. Ramai pensyarah dan pentadbir yang punya semangat juang yang kental sudah pun pencen atau keluar dari UIA atau mereka masih ada tetapi kekentalan semangat sudah tiada.

Bagi yang masih tinggal, sewaktu pelajar taat menjalani sesi usrah wajib, di manakah mereka?
Naqib dan naqibah suatu ketika dulu adalah terdiri dari para pensyarah yang membimbing pelajar dengan penuh semangat. Sekarang.. ?

Sesekala terfikir juga soalan berikut di benak kita :
  • Apakah UIA masih mampu menghasilkan graduan   hebat pembawa obor ummah ?
  • Berapa ramaikah pelajar UIA yang tahu ertinya mereka sebagai pelajar UIA?
  • Bagi mereka yang tahu berapa ramaikah yang mampu melaksanaka tanggunjawab ummatik ini?
  • Sebesar manalah agaknya impak graduan kita dalam pentadbiran negara setelah ribuan   graduan dilahirkan oleh UIA?
  •  Sejauh manakah agaknya penglibatan graduan UIA dalam menangani perpecahan ummah? Ataukah mereka juga sebahagian dari pemecah ummah?
  • Sehebat manakah agaknya graduan UIA menjalankan tanggungjawab sosial memerangi jenayah rasuah dan keruntuhan moral?
  • Sudah berjayakah UIA dalam 'Islamization of knowledge'?
  •  Sudah berapa banyakkah buku yang terhasil sebagai penanda aras kejayaan  'Islamization 
  •  of knowledge' UIA?
Kepada anak-anak didik UIA fahamilah, apa ertinya anda sebagai pelajar UIA? Anda milik ummah dan kepada ummahlah harus berbakti. Anda pembawa amanah, amanah itu amat berat, usah dikhianati. Masa usah ditunggu kerana masa tidak pernah menunggu kita. Tenaga muda usah dipersia kerana ia tidak akan datang buat kali kedua.
Source: Martinelli Hashim