Sunday, October 21, 2012

The DO's and DONT's of Studying


The DO's : 

  • Prepare before any lecture or tutorial
  • Practice output learning
  • Start studying with a prayer
  • Smile while studying
  • Ensure conducive environment
  • Green and Yellow colours have been proven to be stimulating and able to enhance learning
  • While reading, use your index finger to point the lines in the book or to underline to remain focused and maintain concentration
The DONT's : 
  • Studying while lying down
  • Study with the music on
  • Being absent from any lectures or tutorials
  • Study passively
  • Read only, with no pencil or paper to scribble




#taken from a book entitled HOW TO BECOME A GOOD & SUCCESSFUL MEDICAL STUDENT "A HOLISTIC APPROACH" by Prof. Dr Muhaya.


Wednesday, October 17, 2012

Tips Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum,

Bersempena dengan Peperiksaan Pertengahan Semester yang baru bermula pada minggu ini, kami dari Education and Information Bureau, ingin mengucapkan semoga berjaya kepada rakan-rakan HEALS..
Di sini ada disertakan beberapa panduan untuk kita sama-sama praktikkan.. semoga bermanfaat!  :)



TIP MENCAPAI KECEMERLANGAN DALAM PEPERIKSAAN


PERSEDIAAN ULANGKAJI.


1. Membuat ulangkaji – mulai dengan membaca Bismillah & doa.
2. Bersedia dengan nota poket yang lengkap – 2 bulan sebelum.
3. Rujuk guru sekiranya tidak faham dalam setiap pelajaran.
4. Jaga kesihatan – Jaga makan & minum.
5. Riadhah ( senaman ), Tidur yang cukup.
6. Wujudkan suasana belajar yang selesa.
7. Sentiasa ulangkaji pelajaran – tidak belajar saat-saat akhir.
8. Ulangkaji 20-30 minit, rehat 10 minit.


AKTIVITI IBADAT.


1. Melaksanakan perintah Allah SWT – Solat 5 waktu.

2. Solat Hajat & Tahajjud.
3. Baca Al- Quran.
4. Banyakkan berdoa/ istighfar/selawat.
5. Mohon petunjuk & hidayah daripada Allah.
6. Patuh dan taat perintah ibubapa & guru.
7. Menjaga alam sekitar ( bersih ).

PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN.


1. Tidur & makan terlalu banyak – menyebabkan hati mati.

2. Melanggar perintah Allah & Rasul.
3. Melanggar perintah ibu bapa.
4. Melanggar perintah guru dan peraturan sekolah.
5. Elakkan dari gangguan emosi.
6. Membuat ulangkaji saat – saat akhir – hampir peperiksaan.
7. Melakukan maksiat.
8. Jauhkan perkara yang menganggu kesihatan seperti tidur lewat malam, makan tidak menentu dan lain2.

DI DEWAN PEPERIKSAAN.



1. Lapangkan fikiran – sentiasa ingatkan Allah, setiap kejayaan hanya daripada Allah.
2. Melangkah masuk ke dewan peperiksaan dengan kaki kanan, baca Bismillah & berdoa.
3. Patuhi setiap peraturan peperiksaan.
4. Baca arahan soalan dengan teliti – soalan objektif @ subjektif.
5. Baca soalan dengan teliti – kehendak soalan.
6. Jawab soalan yang mudah dahulu.
7. Catat isi/fakta penting untuk elak terlupa.
8. Sekiranya lupa – banyakkan beristighfar dan selawat.
9. Menjawab dengan tenang – yakin dengan pertolongan Allah.
10. Semak jawapan – bertawakkal kepada Allah.




DOA SEBELUM MENGULANGKAJI PELAJARAN



Maksudnya: 

"Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu, juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"


Monday, September 24, 2012

AKHLAK DAN SIFAT YANG PERLU ADA PADA DIRI PIMPINAN


Model kepimpinan melalui teladan yang dipamerkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat baginda SAW dengan meletakkan dunia ditangan mereka dan meletakkan akhirat di hati mereka adalah asas penolakan pengaruh materialis, sekularis, liberalis, paragmatis dan semua unsur luar yang mencemarkan kesucian Aqidah dan pegangan Umat Islam. Maka Islam telah menggariskan akhlak dan sifat-sifat yang perlu ada dalam diri setiap pimpinan. 

Antaranya :

1.      Seorang pimpinan mestilah sentiasa mengharapkan akhirat dengan ikhlas kerana Allah semata-mata. Mempunyai hati yang bersih, jauh dari segala penyakit jiwa yang akan meruntuhkan amal dan usahanya seperti riya’, gila kuasa, cinta pangkat kebesaran dan pengaruh atau terpedaya dirinya dan lain-lain penyakit jiwa yang merosakkan pimpinan.

2.      Mempunyai akal yang kuat, hikmah, cerdik cendiakawan dan arif bijaksana, berpengalaman, mempunyai pandangan yang tajam, pembacaan yang luas, mampu mengetahui pelbagai perkara dari berbagai sudut.

3.      Mestilah berakhlak dengan sifat “Al-Hilm” (tidak mudah marah), penyantun,pengasih dan lemah lembut.

4.      Berani, bermaruah, tidak penakut dan tidak membabi buta.

5.      Mempunyai sifat “As-Siddiq” (benar di dalam segala kata-kata, sikap dan perbuatan).

6.      Tawadhu’ (merendah diri), tidak membanggakan diri kepada menusia.

7.      Mempunyai sifat pemaaf, menahan kemarahan dan ihsan kepada oerang bawahan yang berbuat jahat terhadapnya.

8.      Menepati janji dan memenuhi sumpah setia.

9.      Mempunyai sifat sabar yang tinggi

10.  Bersifat “Al-‘Iffah”(suci hati,jiwa dan amal) dan “Al-Kiram” (bersifat pemurah dan tidak bakhil).

11.  Warak dan zuhud

12.  Jauh dari sifat “Al-Mannu” (mengungkit) dan memperkatakan kebaikkan diri sendiri.

13.  Memelihara perkara-perkara yang dimuliakan Allah (Hurumatillah).

14.  Kesejahteraan hati, tidak melayani orang yang mengumpat dan mengadu domba antara sesame manusia.

15.  Keazaman, tawakal dan tidak ragu.

16.  Bersederhana di dalam segala perkara

17.  Menjauhi sikap putus asa

Kesemua akhlak dan sifat-sifat yang di sebutkan tadi perlu dimiliki oleh setiap pimpinan samada pimpinan persatuan, politik, Negara dan sebagainya. 
Mereka berkewajipan untuk menghiasi dirinya dengan sifat-sifat tersebut serta memeliharanya, disamping memelihara akhlak Islam secara keseluruhannya yang wajib ke atas setiap muslim.



p/s: Bacalah sirah Rasulullah saw dan sama-sama kita mencontohi ciri -ciri kepimpinan baginda. 

CIRI-CIRI PEMIMPIN MENURUT ISLAM



1. Mereka mestilah terdiri daripada orang-orang yang benar-benar beriman atau yakin dengan prinsip-prinsip tanggungjawab yang terangkum dalam pengertian Khilafah kerana tanggungjawab mentadbir atau mengurus mana-mana sistem atau peraturan tidak boleh dipikulkan ke atas bahu orang-orang yang menentang prinsip-prinsip dan asasnya.

Firman Allah S.W.T.;

يَآ أيــُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا لَاْ تــَتــَّخِذُوْا بــِطَاْنــَةً مِنْ دُوْنـِكُمْ (النساء : 59)

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai)”.

2. Mereka tidak terdiri daripada orang-orang zalim, fasiq, fajir dan lalai terhadap Allah serta bertindak melanggar batas-batas yang ditetapkan oleh Allah. Sebaliknya mereka hendaklah terdiri dari orang-orang yang beriman, bertakwa dan mengerjakan amal soleh.
وَ لَاْ تــُطِعْ مَنْ أغْفَلْنَاْ قَلْبَهُ عَنْ ذِكْرِنــَاْ وَاتــَّبَعَ هَوَاْهُ وَ كَاْنَ أمْرُهُ فُرُطًا (الكهف : 28)

“Dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkahlakunya pula adalah melampaui kebenaran”.

3. Mereka bukanlah dari kalangan orang-orang yang jahil dan tidak mempunyai kecerdikan (sufaha’) sebaliknya hendaklah terdiri daripada ulama’ atau ilmuan yang berakal sempurna, yang memiliki kefahaman dan basirah serta mempunyai kelayakan dari segi intelek dan fizikal untuk mentadbir urusan-urusan khilafah.

وَ لَاْ تــُؤْتــُوْا السُّفَهَاْءَ أمْوَاْلَكُمُ الَّتِيْ جَعَلَ اللهُ لَكُمْ قِيَاْمًا (النساء : 5)

“Dan janganlah kamu serahkan kepada orang-orang yang belum sempurna aqalnya akan harta kamu yang Allah telah menjadikannya untuk kamu sebagai asas pembangunan kehidupan kamu”.

قُلْ هَلْ يَسْتــَوِي الَّذِيْنَ يَعْلَمُوْنَ وَ الَّذِيْنَ لَاْ يَعْلَمُوْنَ (الزمر : 9)

“Katakanlah: Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui”.

4. Mereka mestilah terdiri daripada orang-orang yang amanah sehingga dapat dipikulkan tanggungjawab kepada mereka dengan kepercayaan dan tanpa keraguan.

إِنَّ اللهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تــُؤَدُّوْا الْأَمَاْنَاْتِ اِلَى أهْلِهَاْ (النساء : 58)

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya)”.

Mana-mana orang Islam yang diberi kuasa atau peluang untuk melantik pemimpin atau menentukan pimpinan di kalangan umat Islam, maka mereka hendaklah melihat dan mengambil kira ciri-ciri di atas dalam menentukan siapakah yang sepatutnya menjadi pemimpin mereka. Mengabaikan ciri-ciri di atas dalam pemilihan pemimpin akan memberi satu kesan yang buruk kepada masa depan Islam dan juga umat Islam. Melantik pemimpin-pemimpin yang tidak memahami tanggungjawab mereka sebagai khalifah atau bersifat fasiq, zalim dan fujur atau tidak memiliki kelayakan ilmu, intelektual dan fizikal untuk memerintah bererti mendedahkan umat Islam kepada pelbagai kerosakan dan penyelewengan dalam kehidupan duniawi dan agama mereka.

Termasuk dalam pengertian “menyerahkan amanah kepada ahlinya” dalam ayat ini ialah menyerahkan jawatan-jawatan kepada orang-orang yang selayaknya. (Tafsir Ruhul-Ma’ani, Imam Alisu). 

Jadi,kepada pemimpin masa hadapan, jalankan tanggungjawab yang diberikan dengan seadilnya.

-copied-

Sunday, September 23, 2012

Perutusan Presiden: Pilihanraya Kampus

Perutusan Presiden: Pilihanraya Kampus




“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu ta’at kepada Allah dan hendaklah kamu ta’at kepada Rasul, dan pemerintah dalam kalangan kamu (beriman)”. (an-Nisa',59)


Demam pilihanraya kampus makin memuncak. 
25 september 2012 adalah detik-detik kritikal buat mahasiswa-mahasiswi UIAM kampus Gombak dan Kuantan. 
Tarikh bersejarah ini akan menentukan samada empayar kepimpinan islam kampus dapat diteruskan atau berlakunya peralihan kuasa ke tangan pihak ke 2. Memilih pemimpin yang tepat dan berwibawa adalah suatu yang perlu diperhalusi dan dianalisa sedalamnya demi memastikan sesebuah organisasi itu stabil dan terus utuh. Pemimpin perlu dilengkapkan dengan hati yang bersih. Mereka tidak mempunyai apa-apa kepentingan, tidak meminta kuasa malah tidak berniat untuk terus berkuasa. Kepimpinan itu adalah amanah bukan anugerah yang diterima sebagai hadiah. Amanah itu juga adalah beban bukannya habuan.
Sabda Nabi s.a.w maksudnya :
“ Wahai Abu Zar, sesungguhnya engkau ini lemah sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ianya pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya. (Riwayat Muslim)


Sahabat-sahabat KAHS yang dihormati,
kepimpinan dalam Islam merupakan ‘perantaraan’ bukannya tujuan. Kepimpinan yang diamanahkan adalah sebagai perantaraan untuk menyampaikan tujuan yang hendak dicapai oleh pemerintahan Islam itu sendiri (rujuk Abdul Karim Zaidan, Usul Dakwah. Hal:247), iaitu mewarisi rantai-rantai perjuangan Rasulullah s.a.w untuk menegakkan Islam dan mengatur urusan keduniaan, berdasarkan pengertian “…menegakkan Agama Allah (Islam) dan mentadbir dunia dengan agama”.


Sahabat-sahabat KAHS yang dikasihi,
Kepada siapa kita meletakkan kepercayaan sebagai pemimpin nanti, adalah melalui proses pemilihan dan pengundian. Sebelum kita meletakkan kepercayaan, rasa hormat dan bersama
kepimpinan baru, maka perlulah kita nyatakan sokongan terhadap mereka dengan TURUN MENGUNDI!.Malah, mengundi ini adalah suatu TANGGUNGJAWAB dan KEWAJIBAN, demi memastikan kesinambungan suasana islami dan segala aktiviti-aktiviti berkaitan kebajikan, akademik, dan seumpamanya terus diperjuangkan.


Sahabat-sahabat KAHS yang disayangi,
Kepada adik-adik tahun pertama, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Jadikan Pilihan Raya Kampus(PRK) ini sumbangan pertama anda untuk kulliyyah kita dan UIA tercinta.
Kepada sahabat - sahabat tahun akhir, jadikan undian anda sebagai sumbangan terakhir dan detik-detik berharga sebelum melangkah keluar, agar kebajikan generasi-generasi pelapis kita terjamin.
Kepada sahabat- sahabat tahun ke-2 dan ke-3, setiap undian anda sangat bermakna demi memastikan hanya mereka yang betul-betul layak dan berwibawa sahaja akan mewakili suara kita di kulliyyah. Serahkankan ‘amanah’ kepada yang ahlinya. Buat keenam-enam jurusan Allied, Cakna siapa bakal Leader kuliah kita. Perbezaan 1 undi akan menentukan jatuh bangunnya empayar islam Kampus.


Salam Perjuangan buat semua calon Kulliyyah of Allied Health Sciences!


Saifullah Osman,
President, 

Allied Health Sciences Students’ Society (HEALS) 2011/2012.