Sunday, September 23, 2012

Perutusan Presiden: Pilihanraya Kampus

Perutusan Presiden: Pilihanraya Kampus




“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu ta’at kepada Allah dan hendaklah kamu ta’at kepada Rasul, dan pemerintah dalam kalangan kamu (beriman)”. (an-Nisa',59)


Demam pilihanraya kampus makin memuncak. 
25 september 2012 adalah detik-detik kritikal buat mahasiswa-mahasiswi UIAM kampus Gombak dan Kuantan. 
Tarikh bersejarah ini akan menentukan samada empayar kepimpinan islam kampus dapat diteruskan atau berlakunya peralihan kuasa ke tangan pihak ke 2. Memilih pemimpin yang tepat dan berwibawa adalah suatu yang perlu diperhalusi dan dianalisa sedalamnya demi memastikan sesebuah organisasi itu stabil dan terus utuh. Pemimpin perlu dilengkapkan dengan hati yang bersih. Mereka tidak mempunyai apa-apa kepentingan, tidak meminta kuasa malah tidak berniat untuk terus berkuasa. Kepimpinan itu adalah amanah bukan anugerah yang diterima sebagai hadiah. Amanah itu juga adalah beban bukannya habuan.
Sabda Nabi s.a.w maksudnya :
“ Wahai Abu Zar, sesungguhnya engkau ini lemah sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ianya pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya. (Riwayat Muslim)


Sahabat-sahabat KAHS yang dihormati,
kepimpinan dalam Islam merupakan ‘perantaraan’ bukannya tujuan. Kepimpinan yang diamanahkan adalah sebagai perantaraan untuk menyampaikan tujuan yang hendak dicapai oleh pemerintahan Islam itu sendiri (rujuk Abdul Karim Zaidan, Usul Dakwah. Hal:247), iaitu mewarisi rantai-rantai perjuangan Rasulullah s.a.w untuk menegakkan Islam dan mengatur urusan keduniaan, berdasarkan pengertian “…menegakkan Agama Allah (Islam) dan mentadbir dunia dengan agama”.


Sahabat-sahabat KAHS yang dikasihi,
Kepada siapa kita meletakkan kepercayaan sebagai pemimpin nanti, adalah melalui proses pemilihan dan pengundian. Sebelum kita meletakkan kepercayaan, rasa hormat dan bersama
kepimpinan baru, maka perlulah kita nyatakan sokongan terhadap mereka dengan TURUN MENGUNDI!.Malah, mengundi ini adalah suatu TANGGUNGJAWAB dan KEWAJIBAN, demi memastikan kesinambungan suasana islami dan segala aktiviti-aktiviti berkaitan kebajikan, akademik, dan seumpamanya terus diperjuangkan.


Sahabat-sahabat KAHS yang disayangi,
Kepada adik-adik tahun pertama, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Jadikan Pilihan Raya Kampus(PRK) ini sumbangan pertama anda untuk kulliyyah kita dan UIA tercinta.
Kepada sahabat - sahabat tahun akhir, jadikan undian anda sebagai sumbangan terakhir dan detik-detik berharga sebelum melangkah keluar, agar kebajikan generasi-generasi pelapis kita terjamin.
Kepada sahabat- sahabat tahun ke-2 dan ke-3, setiap undian anda sangat bermakna demi memastikan hanya mereka yang betul-betul layak dan berwibawa sahaja akan mewakili suara kita di kulliyyah. Serahkankan ‘amanah’ kepada yang ahlinya. Buat keenam-enam jurusan Allied, Cakna siapa bakal Leader kuliah kita. Perbezaan 1 undi akan menentukan jatuh bangunnya empayar islam Kampus.


Salam Perjuangan buat semua calon Kulliyyah of Allied Health Sciences!


Saifullah Osman,
President, 

Allied Health Sciences Students’ Society (HEALS) 2011/2012.





No comments: